Pages

Saturday, March 14, 2009

puisi


Telah kupilih jalanMu 
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
 Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
 Dan aku yakin sebenar-benarnya
 Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan
 Namun Tuhan,

 Ampuni aku,
 Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang 
Terlalu pahit untuk ditelan 
Tapi terus-terusan aku gagahkan
 Demi menggapai cintaMu Yang Esa

 Bantulah aku Tuhan 

Jika rinduku ini imaginasi syaitan 
Dan kuminta ia dilenyapkan
 Andai kasihku berlandaskan nafsu 
Kumohon matikanlah rasa cinta
 yang belum tentu jadi milikku 

Tolonglah aku Tuhan 
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
 Agar aku takkan pernah dahagakan
 Cinta dari insan yang tak halal bagiku 
Teguhkan kasihku untukMu 

Agar aku tak kecundang
 dijajah cinta yang dusta
 Yang menjadi hijab di antara kita
 Tetapkan langkahku di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan 
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
 Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam 

Jika belayar ia di lautan dosa 
Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati 
Walaupun ribut datang mengundang

 Kasihku diikat di dasar Rabbi 
Kerana ianya lumrah ujian..
 Dan akan kuterus tekadkan janji 

Kerana telah kupilih jalanMu. 

Ya Telah aku pilih jalan MU.
Moga tidak sekali-kali ,
Kembali ke belakang,
Harap ia tidak berulang.


Teruskan langkah,
Kerana jalan ini sumpah panjang.

No comments: