Pages

Friday, August 20, 2021

Dairy Covid ku-1

 Assalamualaikum. 

Rentetan cerita dari macam mana tertiba rasa tak sihat.

Aku start demam pada 16 Ogos 2021. Masa ni tak pergi kerja sebab work from home. Tapi memang rasa nak datang office sebab ada kerja yang belum selesai.

 Macam biasalah aku kalau dah lambat siap memang malas nak gerak. Jadi tak datang office la. Alhamdulillah.

Pukul 11 tu dah rasa demam. Sejuk semacam badan. Tidur pun rasa mengeletar. Tapi buat tak tahu. Makan je panadol.

Demam berlarutan juga. Petang tu aku mintak ayah petik kelapa untuk minum airnya. 3 CAWAN ye aku minum. Manissss. Sedappp.

Tapi tak kebah juga. Aku dah risau. Kak yaya watsap suruh beli swab test kit tu. Waktu tu nak magrib ye.  Aku nak suruh adik aku Tapi lambat pulak dia balik kerja. Takut kedai tutup, aku terpaksa suruh ayah juga belikan  swab test kit kat farmasi bedekatan.

Seusai magrib solat la dulu. Pastu fikir nak buat swab sekarang ke lepas Isyak. Fikir punya fikir buat juga magrib tu. 

Tuntuntung. Bahagian Covid-19 ada 2 garisan. Tapi yang lagi 1 garisan samar2. 

Lepas itu, bagi tahu ahli keluarga, kawan-kawan semua kene covid . Esoknya tu demam dah ok cuma badan masih keadaan panas lagi.

17.8.2021 Pergi ke Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan rumah. Aku , mak dan ayah swab sekali.

Petang itu, dapat whatsaap daripada KK result positive.

Mak ayah n aku positive. 

Sekarang ni masih dalam keadaan terawal. 

Doakan kami sihat semula ye.  #ajaaafighting #covidisreal




Saturday, November 17, 2018

UUM tetap dihati.

Assalamualaikum Dan salam sejahtera.

huh , bulan ini merupakan bulan konvo kepada semua IPTA dan IPTS. Tahniah buat adik adik yang telah berjaya menamatkan zaman belajar.
.
2 tahun sudah aku mengenggam Ijazab Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam.
.
Alhamdulillah. Kehidupan perlu diteruskan walaupun pelbagai rintangan yanh mendatang.
.
Jangan mudah mengalah walaupun kerja belum kunjung tiba . Kalau dapat sambung master buat la jika kerja masih tidak dapat.
.
Teruskan semangat. Hidup ini hanya cerita kehidupan didunia..dan berbuatlah ia menjadi cerita yanh cantik diakhirat.
.
Selamat berjuang. Eh.

Friday, December 25, 2015

Sajak buat diri dan kalian!

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatu.

Madah ini kutujukan buat mereka yang bersama-sama berjalan dengan ku..
Luahan hati bukan seratus persen dari hati.



Duhai ukhti ku ,
Terima kasih atas memori yang diberi,
ku sangat menghargai,
Semoga ALLAH merahmati kalian.

Sungguh jalan ini sumpah panjang,
Sampai satu saat aku lelah,
Dan malas dengan semua ini.
Sampai satu saat aku ingin pergi jauh dari jalan ini.

Tapi hati ini masih mahukan jalan ini,
kerana aku tahu jika aku tinggalkan jalan ini,
aku pasti hanyut,
Ya.. hanyut! Hanyut dengan dunia!!

Tapi disaat aku ingin jatuh,
Ada tangan-tangan yang menarik diri ini,
Dengan memberi taujihat hati,
Yang menyentap rasa!

Lalu aku bangkit,
Dan meninggalkan nafsu diri,
Teruskan mencari,
Mencari cinta sang RABBI

Ku memohon pada ILLAHI,
Jika jalan ini yang terbaik buat diri,
Maka thabat lah hati ini,
Thabatkahlah hati ini pada jalan islam ini.

Kerana ku tahu,
Umat ini semakin tenat,
Tenat dengan dunia,
Dunia yang fana ini.

Duhai ukhti ku teruskan bersama aku,
kerana aku tidak betah berada diatas jalan ini,
Jika aku kesorangan.
Kerana mungkin tarbiah dzatiyah aku kurang.

Dan aku selalu mahu sokongan kalian
Dan dorongan dari orang sekeliling.
Walaupun aku tahu,
Dorongan yang datangnya dari dalam diri,
Adalah yang terbaik buat diri.

Aku akan menjinak kan diri,
Melakukan perkara wajib dengan sempurna,
Dan melakukan amalan sunat dengan istiqamah.
Ya ALLAH berikanlah aku istiqamah dalam diri.

Moga hidayah yang berikan,
Tidak hanya angan-angan diawanan,
Tapi biarkanlah hidayah itu sampai saat aku mati,
Jangan Ya Allah kau menyesatkan aku setelah kau beri hidayahMU.

Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat hidayahMU.
Kusangat menghargai.

p/s: bila hati tidak futur, banyak idea ingin diluahkan.
       moga hati ini tidak cepat futur.
     






rasa kosong, futur dan media ! eh ada kene mengenakah?

Rasa kosong!!!

Bukan bait lirik Najwa Latif kosng - kosong ye.

Ku mulakan dengan BISMILLAH...

kadang - kadang kita tidak perlu luahkan
segalanya masalah kita di MEDIA like WECHAT, FB, MYSPACE, TWITTER, dan seangkatan dengannya.
kerana media ini hanya alat sahaja.
jika Allah nak tarik ia hilang dari kita...
hanya dengan kata  "KUN FAYAKUN"

Tapi duhai muslimah sandarkanlah diri kamu pada Allah.
Sebab hanya Allah sahaja yang akan kekal selama-lamanya.
Tidak perlu cerita kan segalanya dimedia.. tidak perlu!!!
tak perlu nak tarik orang menonton video kita, gambar kita.
Tak PERLU!!! HAHA... (pandainya aku cakap)

Tapi memang tabiat kita suka menceritakan
suka duka kita di MEDIA sosial.
Termasuk diriku selalu meng'post'
status, gambar...
kadang-kadang itu tidak berfaedah pun status itu.
tapi sebab kita rasa kita nak kongsi rasa dengan semua.
Hanya dengan niat nak kongsi rasa hati.

seperti Entry ini, luahan hati kononya.
sebab kita mahu orang tahu rasa hati kita.
tapi niat saya kita perlu shares sesuatu yang bermanfaat buat umah.
semoga entry ni bermanfaat. eh yeke?
haraplah manfaat. uhu


eh, topic apa sebenarnya ni.. ??
maaf lah dah melalut. sebenarnya tak tahu nak cerita apa.

ok kita masuk madah seterusnya.

kadang - kadang rasa kosong
mungkin sebab kita sendiri
tak benar-benar mengisi kekosongan hati dengan sebaiknya.
kita hanya biarkan diri kita sebegitu..
sampai satu saat kita dah tidak menjadi qudwa yang baik kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
kita biarkan rasa futur terus membuak-buak dalam.. diri
dan bila kefuturan menguasai diri mula lah bait - bait syaitan mendekati kita..
lalu kita lambat solat, asyik tonton benda lagha, ALQURAN kemana, Tahajud hanya terkejut.

semua itu sebenarnya salah diri kita sendiri.
KENAPA terus membiarkan diri kita FUTUR.
sebenarnya FUTUR itu tidak salah.
Tapi kita sendiri yang salah.
Ya salah kerana membiarkan diri belenggu kefuturan.

Wahai diri, kita bukan selamanya dalam belenggu kebaikkan.
Jika kita yang cari belenggu kemasiatan.
Jadi sebab sifat hati berbolak balik.
Kau berdoalah pada ILLAHI,
Supaya terus thabat atas jalan ini.
Jalan apa?
Jalan dakwah dan tarbiah.

Hanya jalan ini kau mudah istiqamah ,
hanya jalan ini...
tiada jalan lain ka?
Tiada. Kalau ada jalan lain sekali pun pasti kau tidak mudah istiqamah.
Kerana banyak mehnah dan tribulasi dalam hidup kita.
dengan jalan ini, kita terus kan hidup berlandaskan al Quran dan Sunnah.
Dengan jalan ini juga ada sahabat yang saling nasihat - menasihati.

SEKIAN. dari ukhti si hitam manis. ecececeh manis sangat.

25.12.2015
masih ada masa untuk berubah.
sebelum ajal menjemput.



Sunday, June 14, 2015

Ya Allah sampaikanlah kami dalam bulan Ramadan.



Alhamdulillah thuma alhamdulillah.
Lagi beberapa hari je kita nak sambut ramadan...

Yeahhhhhhhh!!!! yabedabedddduuuuuu

"Sukanya...sukanya..sukanya...."

"COP! COP!COP!"

Dah buat persiapan kah nak puasa ni?

"Ah... belum....? (garu kepala yang tertiba ada kutu"

eh...

Masih ada masa lagi awak.

huhu...

Pesiapkan diri kita ilmu tentang puasa, apa yang menyebabkan batal puasa, dan perkara - perkara yang perlu dan tak perlu buat masa bulan ramadan. 

Sekarang semua dihujung jari....kan.

"klik" "KLIK" klik"

Cer search... search la...
Ada DATA kan cari sendiri.
Ada wifi kan...
free kan jom search...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

topik lain.

Kat sini saya ingin memohon kemaafan andai tersalah atau tersilap atau terguris...
Mohon maaf andai sikap yang tidak menyenangkan kalian.
Aku cuma manusia. Manusia lain tak tegur pun kalau aku ada buat salah. Macam mana nak tahu yang itu salah. Haha.. boleh gitu...

Semoga Allah hidupkan kita pada bulan Ramadan kali ini.
Sungguh keberkatan ada pada bulan ramadan.
Moga kita semua dapat tingkatkan IMAN kita pada bulan ini.

Eh kenapa nak kene tingkatkan IMAN bulan Ramadan?
Bulan lain tak boleh ke...

huhu....

Bukan gitu... selalunya orang kita suka berlumba-lumba buat kebaikan pada bulan Ramadan.
Disebabkan ramadan kan bulan penuh kerahmatan dan berganda pahala. Jadi RUGI la tak ambik PELUANG KEEMASAN ini.

aiwah....

"Bukankah kita digalakkan FASTABIQUL KHAIRAT...."

apa itu?

"BERLUMBA-LUMBA kearah kebaikan..."


Apa yang perlu kita berlumba-lumba?
  1. Baca Al Quran...
  2. Sedekah...
  3. Belanja saya berbuka... eh? haha
  4. Terawih
  5. Matsurat
  6. Berzikir
  7. Berqiam
  8. Sahur
  9. Berbuat perkara baik..
  10. Senyum
  11. Jangan banyak tidur
  12. Hormat orang tua...
Dan banyak lagi perkara kebaikan yang boleh kita buat...

"Amboi akk kita ni pandainya cakap... nanti time ramadan tengok lah dia tak buat apa dia cakap.. siap nanti aku kasi SENTAP sikit...  "

haha SILA silakan...

Sila nasihati aku.... wei
sebab aku ni pelupa dan hampir nyanyok ... ops... nauzubillah.


Moga jika ada kawan-kawan yang baik dan saling nasihat menasihati.
Mungkin aku akan lebih baik... lebih sopan .. dan lebih solehah...hahaha..

Mohon bergitu.

Moga ramadan kali ini kita dapat lakukan yang terbaik. Insya Allah.
Jangan jadi hamba RAMADAN tabi jadi Hamba ALLAH.

kerana Ramadan datang dan pergi..
tapi ALLAH kekal abadi...

*MOHON MAAF
28 SHAABAN 1436 Hijrah
lagi 2 hari nak puasa...

insya Allah...

Ya ALLAH sampaikanlah kami dalam bulan RAMADAN.






Friday, March 20, 2015

Sudah cukup, cukup sudah!

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum uolss.

Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan buat diri ini untuk menaip dan Allah masih beri nyawa dan oksigen untuk aku terus berbakti pada agama ini. Allahu... Alhamdulillah terima kasih Ya Allah masih beri aku peluang untuk terus bertaubat atas segala dosa-dosaku yang lalu. 

Sebenarnya takut nak cakap sebab aku bukan "USTAZAH" kerana aku tahu aku bukan pandai sangat dalam agama ini. Dan aku tiada background agama. Sebab itu kalau salah tolong betulkan, Dan paling aku takuti aku berkata tapi aku tak buat. Itu paling aku takuti. Dan moga Allah selamatkan aku dari sesaan api neraka.

 Dalam firmanya:-
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
(Itu) sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."
(Surah As- Saff: 2-3) 

Satu ayat yang membuatkan aku sangat SENTAP. Dan seboleh-bolehnya aku ingin mendiamkan diri. Dan membuat kerja dan kebaikan untuk diri sendiri.  Korang rasa aci tak? Aku tahu ilmu tapi aku diam je. Hoho.. Mestilah tak aci.

Sebab aku takut kadang-kadang aku cakap tak serupa bikin. Maaf andai aku begitu. Maka dengan adanya awak-awak yang mengenal diri ini haruslah selalu mengingatkan diri ini dan menasihati diri ini. Kerana kadang kala diri ini suka dan sangat suka lalai dan tidak perbuat. Hal ini bila mana nafsu melebihi iman didada. Maka RAKSASA GORGON menguasai diri. (Lap peluh)

Maka kita sebagai hamba Allah sampai bila harus berdiam kan diri. Jadi dikesempatan Allah masih memberi ilham untuk terus menaip. Moga taipan ini adalah taipan yang berdasarkan iman bukannya berdasarkan nafsu semata-mata. Nauzubillah. 

Apa sebenarnya yang ingin aku sampaikan?

Haha... Maaf yang atas itu semua hanya mukadimah. Mukhadimah untuk muhasabahkan diri ini.

Alhamdulillah, Becerita tentang tarbiah.  Tarbiah sangat mengajarkan aku tentang ISLAM... mungkin kalau tiada tarbiah aku bukan orang yang seperti ini. Dan mungkin aku lebih CINTAKAN dunia. Dan mungkin sekarang aku lebih Hijabista dan couple .. Ops! .Astagfirullah.  Moga dijauhkan. Kerana jalan tarbiah ini sumpah panjang. Dan aku tidak tahu sampai bila aku dalam gerabak ini? Dan aku harap aku berada dalam gerabak ini sampai nyawa yang terakhir insya Allah. Tarbiah? Apa itu tarbiah?

Senang cite tarbiah ini suatu proses pendidikan...

#kisahcampakkebelakang

Ceritanya bermula bergini.

Masa tingkatan 4 aku telah berpindah kesekolah yang hulu di sepang. Pada mulanya aku tak dapat pun masuk sekolah itu. Tapi akk aku bertungkus lumus pergi sekolah itu untuk menempatkan aku disitu. Alhamdulillah aku telah terpilih kesitu. Masih ku ingat lagi tarikh keramat itu. 19.2.2007 aku meninggalkan sekolah tercinta. Dan pada tarikh itu merupakan tarikh lahir sahabat baik ku. Tapi perancangan Allah lebih baik. Aku meninggalkan sekolah itu dengan rela hati.

ok...

Macam mana aku mula ditarbiah?

Semuanya bermula daripada ajakkan kawan sedorm. "Zahirah nak join usrah x? Jomlah ..." Ketika itu aku hanya seorang pengikut. Huhu. Yela tak de kawan yang aku kenal rapat disitu... Hanya kawan kelas dan sedorm  je begitu baik.  Dan boleh "ngam". 

Sebenarnya dah lama juga tengok akk -akk dari universiti yang berdekatan datang petang-petang  setiap minggu buat bulatan. Tapi tak pernah terlintas nak turut serta. Mungkin belum diketuk dengan Enche Hidayah lagi kot untuk meminang. eh?

Dari ajakan seorang kawan... Alhamdulillah Allah pilih aku untuk aku perbaiki diri ini.
Semua atas dorongan diri dan kawan-kawan. Lagi satu faktor kenapa aku join tarbiah adalah sbb nak jadi BADAR... huhu.. sebab syarat nak jadi Badar kene ikut usrah. huhu... ok tu dulu. Sekarang niat dah betul. ELEH... hehe.
 
Bukankah setiap amal dilakukan berdasarkan apa yang diniatkan. jika niat kerana Allah dan Rasul maka Hirahnya kerana Allah dan Rasul. Jika niatnya inginkan dunia seisinya dan ingin menikahi perempuan maka Hijrahnya berdasarkan apa yang diniatkan.

Apa yang nak diterangkan disini. Segala-galanya bermula dengan niat.  Jika baik niatnya maka baiklah amalannya. Jika tidak maka sebaliknya.
Jika ikut tarbiah sebab terpaksa... Tak mengapa kerana keterpaksaan akan mendatangkan keikhlasan. Insya Allah

Ada orang kata "Aku tak tarbiah pun aku baik, aku solat, aku buat solat sunat, baca al quran dan bla..bla..bla.."  Tahniah untuk anda. Kerana sememangnya anda seorang yang baik. Tepuk bahu ucap TAHNIAH... Alhamdulillah sebab anda berada dikalangan orang yang baik-baik. . 

kembali becerita...
Best kot tengok diorang berkumpul dan beramah mesra. Sangat rasa ukhwah disitu. Setelah join usrah umum dan aku konsisten datang... tiap minggu. Aku baru faham tentang islam sedikit -sedikt.. Barulah faham dan mendalami islam. Oh islam itu macam ni. Oh islam itu kene ikut suruhan Allah... oh Islam tu kene jauhi kemungkaran. Macam - macam lah yang hangpa boleh dapat.


Dengan tarbiahlah aku baca maksud ayat Al Quran. Selama ini baca Al Quran tapi tidak pernah mendalami pun apa yang Allah nak sampaikan kepada kita. Alhamdulillah ini semua usrah punya pasal... eh? Yela semua usrah punya pasal. Kalau tak sebab usrah tak mungkin aku kenal semua ini. Tak kenal matsurat... Tak kenal dhuha.... hoho.. Jahil sangat... erm (tikam diri)

 Alhamdulillah aku konsisten sampai tingkatan 5. eh... Tingkatan 5 je ke... huhu. Taklah Alhamdulillah sampai sekarang. Alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi.

Alhamdulillah ... Allah masih mahukan aku dalam tarbiah ini. Tapi kadang-kadang diri ini yang tidak mahu ditarbiah. Kadang-kadang mahu lari...lari laju-laju... Makin aku cuba lari, makin Allah rapatkan aku dengan tarbiah... Lagi-lagi jika aku dirumah. FUTUR mneguasai diri.  Ya ALLAH kenapa aku begini? Sudah cukupkah amal dan ilmu aku untuk aku persembahkan kepadaMU. Sudah cukupkah aku untuk menjadi anak yang solehah untuk kedua ibu dan bapaku? Dan mampukan aku menjadi anak yang solehah untuk mendoakan mereka. Sudah cukupkan aku untuk mendapat keredhaan Mu... dan sudah konfirm ka aku akan ditempatkan disyurga. Ya Allah masih banyak lompang-lompang dan kehitaman hati. Masih banyak maksiat dihati yang sukar diklorok. Tapi Wahai diri BERTAUBATlah. Kerna pintu taubat sentiasa terbuka. Wahai diri jangan lari jauh-jauh. Carilah kesempatan didunia ini untuk dibuat bekalan untuk akhirat. Moga bekalan ini akan dipertimbangkan di almizan. Dan beroleh apa yang kau inginkan. Yakni Syurga firdausi.

 Allah terima kasih atas segala kenikmatan yang kau berikan kepada ku. Nikmat islam, iman, kesihatan dan banyak nikmat yang tidak boleh dihintung.

Sedikit sajak dari jiwa yang selembut sutera.. ewah..

Ya Allah terima kasih atas tarbiah ini,
Ya Allah terima kasih kenalkan aku dengan tarbiah,
Ya Allah terima kasih atas segala-gala nikmat yang engkau berikan,
Ya Allah terima kasih memberikan hati yang inginkan tarbiah...

Ya Allah jangan ya Allah kau biarkan aku...
Jangan Ya Allah kau biarkan aku dalam kelalaian...
Jangan Ya Allah kau biarkan aku bergelumang dengan dosa...
Jangan Ya Allah kau berikan rasa bangga atas apa yang aku perbuat...
Ya Allah, jangan Ya Allah aku lari dari gerabak ini...
Kerana gerabak ini sangat panjang... 

Alhamdulillah atas segala nikmatMU...
Alhamdulillah atas nikmat islam...
Alhamdulillah atas nikmat tarbiah...
Alhamdulillah atas nikmat iman..

Ya Allah apa yang boleh aku katakan " Aku tanpa tarbiah, mungkin aku rebah". (terjun laut)
Terima kasih kepada akak-akak yang telah memberikan aku tarbiah walaupun secara langsung atau tidak langsung. Semoga Allah merahmati kalian. Moga kita dapat berkumpul disyurga dan buat usrah sama-sama.. Insya Allah.. huhu..

Semoga aku terus istiqamah dalam gerabak ini. Dan terus semangat dalam mempetabatkan islam dalam diri, keluarga, dan negara. Insya Allah. TEGUR aku jika aku salah, Perbetulkan aku jika aku sesat...

#salam sayang dari lubuk hati yang dalam.
#selamat malam
#mintak maaf



Tuesday, March 10, 2015

Jahil kah aku?



Bismillahirahmanirahim,
 selawat dan salam buat nabi junjungan yang tidak putus asa menyampaikan risalah Islam sehingga sampai kepada kita.
Alhamdulillah bersyukur kepada illahi kerana nikmat iman dan islam yang masih bertahta dalam diri setiap daripada kita.

Insya Allah pada hari ini saya ingin menyampaikan sesuatu. Semoga ianya bermanfaat untuk  kita smua terutamanya diri saya sendiri dan sahabat-sahabat saya. Insya allah.
Tajuk kali ini yg ingin dikongsi  ialah SAYONARA JAHILIYAH. (Selamat tinggal jahiliah).

Apa itu jahiliah?
Jahiliah berasal daripada perkataan ‘Jaahala’ yg bermaksud ‘tidak tahu’. Bukan bermaksud bodoh atau kurang cerdik. Tapi jahil dan tidak tahu tentang Allah s.w.t, para rasulnya dan syariat islam. 

Jahiliah wujud dalam 2 keadaan:
a)       Jahiliah Umum.
ianya berlaku sebelum diutuskan Rasulullah S.A.W sebagai pembawa kebenaran dan telah berakhir dengan utusnya Rasulullah s.a.w.

b)     Jahiliah Khusus
berlaku disebahagian negara, daerah dan manusia. Jahiliah ini masih wujud sampai sekarang. Bukan lagi jahil berbentuk penyembahan bahala tapi penyembahan kepada ideology dan kefahaman yang jauh dari islam seperti liberal, secular dan seangkatan dengannya.

Apa itu Jahiliah moden?
3 golongan jahiliah moden.

  •    golongan kafir yang tidak tahu tentang islam. 
  •  golongan muslim yang sedia jahil tentang agama
  •  golongan muslim yang tahu tetapi tidak mahu melaksanakan islam.


Dimanakah kita diantara ketiga-tiga golongan ini.??
tepuk dada tanya IMAN anda.!!

KENAPA UMAT ISLAM MAKIN JAUH DARI ISLAM?
hal ini kerana mereka:
a) mereka jauh dari alquran dan as sunnah
b) lebih cenderung kepada hiburan 
c) memenuhi hawa nafsu.

  
Ciri-ciri jahiliah

  1. Tidak mengikut petunjuk Allah s.w.t.

 Tidak berhukum dengan hukum Allah s.w.t yang telah ditetapkan di dalam al-Quran . Manusia lebih percaya dan yakin dengan hukum yang direka cipta oleh manusia sendiri yang mempunyai kemampuan akal ( kognetif ) yang terhad dan terbatas.

2. Hidup mengikut hawa nafsu.
Sepatutnya nafsu manusia itu dikawal oleh syariat Allah s.w.t dengan bantuan akal fikiran tetapi nafsu mereka telah berkuasa di atas segalanya yang menyebabkan segala tindak tanduk mereka berlandaskan hawa nafsu semata-mata.
3  3. Adanya golongan pemusnah Islam.
Kadang-kadang golongan inilah yang mendakwa mereka memperjuangkan Islam tetapi segala tindak-tanduk, akhlak dan asas perjuangan jelas bertentangan dengan prinsip Islam yang sebenarnya yang kita berjuang semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Segala perjuangan yang bertujuan selain daripada untuk memartabatkan agama Allah s.w.t adalah perjuangan yang batil. Conthnya Islamic State yang sekarang belaku disyiria.

    4)    Gejala keruntuhan akhlak berleluasa.
 Kadar jenayah dan maksiat pada zaman moden ini lebih kronik dan hebat daripada zaman jahiliah dahulu. Apabaila manusia mula sudah tidak malu dan tidak menyedari kuasa Allah s.w.t maka Allah akan mula menunjukkan kuasa-Nya dengan mendatangkan berbagai-bagai bala' seperti tanah runtuh, tsunami, banjir, taufan dan sebagainya supaya manusia itu sedar bahawa kita ada yang punya dan berkuasa di atas segalanya.

Bagaimana cara kita untuk tinggalkan jahiliyah?
1)      ilmu
2)      faham
3)      amal

ILMU
ilmu itu haruslah difahami bukan kita terima maklumat semata-mata. Ilmu itu harus menyentuh jiwa yang akan membentuk imanya. Bilamana iman itu terbentuk ia akan membawa kepada perubahan.
Contoh ada je orang yang belajar agama tapi perangai masih sama macam orang tak belajar agama. Jadi ilmu itu perlulah sampai kepada hati. Bilamana ia sampai kepada hati total kita boleh meninggalkan jahiliah.
Ada orang hanya memilih atas pagar. Hanya mengikuti islam bila mahu dan bila tak nak ikut maka ditinggalkannya. Contohlah kita mahu menjadi solehah tapi kita masih lakukan jahiliah seperti couple, bermain game dll. tapi kita tidak cuba meningkatkan kefahaman kita tentang islam.
Allah berfirman dalam surah Al Bakarah :208
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu kedalam agama islam sepenuhnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan uitu musuh yang nyata bagi kamu”
Jadi daripada firman Allah , Allah menyuruh kita masuklah kedalam islam sepenuhnya. Jangan ikut langkah syaitan. Jadi kita perlulah meninggalkan jahiliyah secara total.Bukan hanya sedikit.

JIKA KITA ADA ILMU, KITA FAHAM SERTA AMALKAN insya Allah jahiliah tak kan dekat dengan kita.
Perubahan itu mestilah ada tahap.
Mustahil untuk kita meninggalkan semuanya sekaligus kan. tinggalkan sedikit demi sedekit insya Allah ia kan habis kita tinggalkan.
Kalau zaman sahabat mereka berubah 100% , sebab apa? Sebab mereka faham ayat quran yang diturunkan kepada mereka. Seperti saidina umar sebelum dia islam sememangnya dia menentang sekeras-kerasnya islam. Tapi bila hidayah Allah telah sampai kepadanya 100% segala-galanya berubah. Malahkan saidina umar sgt mempertahankan islam.

Tahapan meninggalkan jahiliah:
1)      Mesti memiliki akidah yang sejahtera
Akidah sangat berkait rapat dengan iman. Jika rukun iman tidak dipercayai agak susah untuk seseorang itu meninggalkan jahiliyah. Jadi perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah membersihkan akidah kita. Dalami ilmu islam sebenar-benarnya. Tidak mencedok agama dengan melihat tapi mendalami atau memahami ilmu itu.
Bilamana kita sudah memiliki akidah yang sejahtera kita dapat membebaskan nafsu kita.  Akidah yang sejahtera dapat dicapai dengan pengetahuan serta berpegang kepada tauhid yang disampaikan oleh Rasullullah.

2)      Melaksanakan ibadah yg sahih
Beribadah kerana Allah. Bukan manusia.
Bermaksud beramal kerana Allah semata-mata. Tidak menyekutukannya ketika beramal. Dalam surah Al Kahfi 18:110

“Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhanya, hendaklah ia mengerjakan amal soleh, dan janganlah ia mempersekutukan sesiapa pun dalam ibadatnya kepada tuhannya”

3)      Akhlak yang murni
Bila kita mempunyai akidah dan ibadah yang benar , kita kan melahirkan akhlak yang islamiah. Akhlak ini yang mencerminkan orang islam dengan orang yg jahiliah.
Sesungguhnya akhlak yang paling terbaik adalah Rasullullah s.a.w.Sesungguhnya Rasulullah itu merupakan suri teladan yang patut kita contohi. Kecintaan kepada allah dan rasullulah sahaja akan memudahkan seorang mukmim itu meninggalkan kahlak jahiliah.Melakukan amalan yang disuruh seperti senyum, mengormati orang lebih tua, memberi salam dan sebgainya. Akhlak yang baik akan disukai masyarakat.
                                                            
4)      Manhaj (pedoman) hidup yang lurus.
Setiap daripada kita hanya ada dua pilihan sahaja. Sama ada ianya baik atau sebaliknya, Tiada jalan tengah. Hanya kanan atau kiri.

Dalam surah Al An’am 6:153
“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan Ku (agama islam) yg betul dan lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan yang (lain dari islam), kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan allah. dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu bertaqwa”

Pilihlah jalan-jalan islam. Jalan – jalan yang membawa kita kepada keredhaa Allah. Contoh, mengadiri majlis ilmu, mengaji dan lain –lain yang mendatangkan pahala.
Bukan jalan-jalan yang Allah murkai seperti konset, kpop dll


5)      Wala’ yang benar
wala’ bermakna mendapatkan pelindungan dan pertolongan. Allah telah menentukan garis sepandan wala’ seseorang mukmin kepada 3 pihak sahaja:
iaitu dalam surah Al-Maidah 5:55)

“Sesungguhnya wali (penolong) kamu hanyalah Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka, rukuk (tunduk menjunjung perintah allah)”

a)      Wala’ kepada Allah ialah tidak menyekutukannya. Dia lebih mencintai Allah dari segala-galanya.Melakukan suruhannya dan meninggalkan larangannya. Mengimani bahawa manhajnya asalah satu2nya manhaj yang benar dan tidak mungkin ditukar ganti.Meletakkan sesuatu matlamat kerana Allah

b)      Wala’ kepada Rasulullah

Beriman kepadanya dan melaksankan sesuatu yang dtg daripanya seperti sunnahnya.

c)      Wala’ kepada mukminin
Mencintai mukmin kerana Allah selagi mana mereka taat akan perintah Allah. Kita boleh berpegang padanya jika mereka menyeru kepada makruf dan mencega mungkar. Lagi satu, bekerjasama dalam perkara kebaikan.

Sungguh Allah melarang kita daripada pegang atau mendapat pelindung  dari orang kafir.

Dalam firman Allah s.w.t
An-Nisa’: 144
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang – orang yang beriman, Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?”

Setelah kita meninggalkan jahiliah:
1)      Jangan mudah berputus asa.
dengan mendekatkan diri kita pada Allah dan rasulNya insya Allah kita akan meninggalkan jahiliah sedikit demi sedikit. Jangan sekali-kali berputus asa. Sangat rugilah orang yang berputus asa. Cari kawan yang membantu kita kearah kebaikan bukan kejahatan. Kita mahukan redha Allah bukanya redha Manusia.
Jadi fikir-fikir kembali. Kerana bukan mudah Allah nak bagi syurga yang penuh dengan kenikmatan pada orang yang tidak melaksanakan perintahnya dan melakukan laranganya. Sesungguhnya jalan kesyurga itu penuh duri dan ranjau. Jadi bersabarlah dalam menempuhnya. Matlamat kita adalah redha Allah. Semoga usaha yang sedikit ini kita dapat menghapuskan dosa-dosa kecik kita. insya Allah.


Akhir kata, semoga kehadiran kita disini dapat menghakis sifat-sifat jahiliah kita.
Segala yang kurang dan salah mohon maaf. Doa-doakan supaya kita semua terus istiqamah dalam kebaikan dan meninggalkan jahiliah.


 Rujukan: copypastesikit dari buku sayonara jahiliyah by ukhti muharikah

Saturday, February 28, 2015

Alhamdulilah aku terima nikahnya!

aSsalamualaikum warahmatullah.

hi uolss apa khabar? Semoga sihat sahaja khabar kamu ya!!
haha... tajuk diatas adalah untuk buat kontrovesi sahaja.
*_*

Tidak ada apa yang mahu dicerita disini. Hanya ingin berkongsi kesyuran kehadrat ILLAHI kerana masih beri nyawa dan oksigen. ALLHAMDULILLAH.



Kita sebagai muslim haruslah bersyukur atas segala nikmat yang diberi. Jangan banyak merungut. Nanti Allah tak bagi nikmat langsung baru tahu. Bersyukurlah walaupun sedikit.
Macam mana nak bersyukur. Bila kau dapat nikmat jangan pandang orang yang lebih nikmatnya. Contoh, orang ada kereta besar, rumah besar, isteri besar.. OPpps... (senyum kenyit mata)  tapi kau hanya ada kereta kancil, rumah sewa. Jangan pandang yang lebih tinggi pangkatnya dari kamu. Tapi pandanglah orang yang bawah dari kamu . Hal ini supaya kau dan aku bersyukur. Bersyukur disaat kau diuji dan disaat kau gembira. Dan bila bab ibadah jangan pandang orang yang bawah-bawah ini. Untuk mengupdate status iman ada pandanglah orang yang lebih kuat beribadah. Bukan nak dengki tapi supaya kita berlumba-lumba kearah kebaikan. Allah pun suka orang yang mengerjakan kebaikan.

ok. masuk cerita lain. Hanya 2 nikmat yang selalu manusia lalai. Termasuklah aku iaitu nikmat waktu lapang dan nikmat kesihatan. 

Ermm, berbicara tentang nikmat waktu lapang. Kadang-kadang ada orang kata " aku tak ada masa lah..". Kata Kak beda. Padahal masa nya ada. Bila waktu lapang ada sibuk buat benda yang tak berfaedah, tonton korea movielah, runningman la, drama melayu la... ayoyo... memang aku cakap untuk diri aku juga. (Jatuh kerusi) Kadang-kadang bila nafsu dan kemalasan mengusai diri banyak benda yang berfaedah boleh buat tapi masih melakukan benda yang tidak bermanfaat. Jadi kau kata ko tak ada masa??? Memang nak kene penumbuk lesung batu nampaknya.. haha. Lagi satu senario bila esoknya nak hanta assignment. ADOI malam tu barulah kelam kabut nak buat. Jadi semua buat ala kadar je. Bila dapat result teruk... menyesal x sudah. HAHA (Gelak keji)

HUH? panjang juga aku membebel kat sini. Haha  yela dah lama tak menaip dan menceritakan apa yang terbuku dihati. tapi panjang ka?? (curious)

ok, cerita bab kesihatan ini. Sekarang cuaca agak memanaskan bumi. Jadi banyakkan minum air ye kekawan. Ada kata boleh jadi strok haba. Allahualam. Bila ALLAH memberikan nikmat sihat perlulah bersyukur. Masa sihat inilah kita dapat membuat banyak aktiviti, meningkatkan amal ibadah dan macam-macam lagilah. Jaga kesihatan, jangan asyik tidur je sepanjang hari nanti badan jadi lesu dan tidak bersemangat.  Lakukan aktiviti senaman seminggu sekali kalau boleh, kalau nak lagi sihat seminggu 3 kali bagi badan peluh sikit. Bila mana saat diuji dengan kesakitan. JANGAN merungut. Bersabar dan bersyukurlah kerana nikmat kesakitan itu merehatkan. Mungkin sebelum ini kita terlalu busy dengan kerja-kerja harian yang tidak pernah henti. Sekali lagi bersyukur saat diuji.

Buat sahabat saya, semoga cepat sihat ya. Fi amanillah ya ukhti.


Disini sahajalah kisah penceritaan untuk semesta ini. Jika ada masa terluang dan idea yang bernas yang ingin dikongsi Insya ALLAH saya akan cuba menaip lagi. Kalau kerajinan datang.

p/s : semoga apa yang dikongsi adalah untuk saya dan pembaca. Jika tidak mahu terima tidak mengapa. Sama-sama ambil yang baik dan tinggalkan yang tidak baik.

#semesta6 #tahunke3 #mogaterusmaju...

Assalamualaikum... selamat malam...