Pages

Friday, March 20, 2015

Sudah cukup, cukup sudah!

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum uolss.

Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan buat diri ini untuk menaip dan Allah masih beri nyawa dan oksigen untuk aku terus berbakti pada agama ini. Allahu... Alhamdulillah terima kasih Ya Allah masih beri aku peluang untuk terus bertaubat atas segala dosa-dosaku yang lalu. 

Sebenarnya takut nak cakap sebab aku bukan "USTAZAH" kerana aku tahu aku bukan pandai sangat dalam agama ini. Dan aku tiada background agama. Sebab itu kalau salah tolong betulkan, Dan paling aku takuti aku berkata tapi aku tak buat. Itu paling aku takuti. Dan moga Allah selamatkan aku dari sesaan api neraka.

 Dalam firmanya:-
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
(Itu) sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."
(Surah As- Saff: 2-3) 

Satu ayat yang membuatkan aku sangat SENTAP. Dan seboleh-bolehnya aku ingin mendiamkan diri. Dan membuat kerja dan kebaikan untuk diri sendiri.  Korang rasa aci tak? Aku tahu ilmu tapi aku diam je. Hoho.. Mestilah tak aci.

Sebab aku takut kadang-kadang aku cakap tak serupa bikin. Maaf andai aku begitu. Maka dengan adanya awak-awak yang mengenal diri ini haruslah selalu mengingatkan diri ini dan menasihati diri ini. Kerana kadang kala diri ini suka dan sangat suka lalai dan tidak perbuat. Hal ini bila mana nafsu melebihi iman didada. Maka RAKSASA GORGON menguasai diri. (Lap peluh)

Maka kita sebagai hamba Allah sampai bila harus berdiam kan diri. Jadi dikesempatan Allah masih memberi ilham untuk terus menaip. Moga taipan ini adalah taipan yang berdasarkan iman bukannya berdasarkan nafsu semata-mata. Nauzubillah. 

Apa sebenarnya yang ingin aku sampaikan?

Haha... Maaf yang atas itu semua hanya mukadimah. Mukhadimah untuk muhasabahkan diri ini.

Alhamdulillah, Becerita tentang tarbiah.  Tarbiah sangat mengajarkan aku tentang ISLAM... mungkin kalau tiada tarbiah aku bukan orang yang seperti ini. Dan mungkin aku lebih CINTAKAN dunia. Dan mungkin sekarang aku lebih Hijabista dan couple .. Ops! .Astagfirullah.  Moga dijauhkan. Kerana jalan tarbiah ini sumpah panjang. Dan aku tidak tahu sampai bila aku dalam gerabak ini? Dan aku harap aku berada dalam gerabak ini sampai nyawa yang terakhir insya Allah. Tarbiah? Apa itu tarbiah?

Senang cite tarbiah ini suatu proses pendidikan...

#kisahcampakkebelakang

Ceritanya bermula bergini.

Masa tingkatan 4 aku telah berpindah kesekolah yang hulu di sepang. Pada mulanya aku tak dapat pun masuk sekolah itu. Tapi akk aku bertungkus lumus pergi sekolah itu untuk menempatkan aku disitu. Alhamdulillah aku telah terpilih kesitu. Masih ku ingat lagi tarikh keramat itu. 19.2.2007 aku meninggalkan sekolah tercinta. Dan pada tarikh itu merupakan tarikh lahir sahabat baik ku. Tapi perancangan Allah lebih baik. Aku meninggalkan sekolah itu dengan rela hati.

ok...

Macam mana aku mula ditarbiah?

Semuanya bermula daripada ajakkan kawan sedorm. "Zahirah nak join usrah x? Jomlah ..." Ketika itu aku hanya seorang pengikut. Huhu. Yela tak de kawan yang aku kenal rapat disitu... Hanya kawan kelas dan sedorm  je begitu baik.  Dan boleh "ngam". 

Sebenarnya dah lama juga tengok akk -akk dari universiti yang berdekatan datang petang-petang  setiap minggu buat bulatan. Tapi tak pernah terlintas nak turut serta. Mungkin belum diketuk dengan Enche Hidayah lagi kot untuk meminang. eh?

Dari ajakan seorang kawan... Alhamdulillah Allah pilih aku untuk aku perbaiki diri ini.
Semua atas dorongan diri dan kawan-kawan. Lagi satu faktor kenapa aku join tarbiah adalah sbb nak jadi BADAR... huhu.. sebab syarat nak jadi Badar kene ikut usrah. huhu... ok tu dulu. Sekarang niat dah betul. ELEH... hehe.
 
Bukankah setiap amal dilakukan berdasarkan apa yang diniatkan. jika niat kerana Allah dan Rasul maka Hirahnya kerana Allah dan Rasul. Jika niatnya inginkan dunia seisinya dan ingin menikahi perempuan maka Hijrahnya berdasarkan apa yang diniatkan.

Apa yang nak diterangkan disini. Segala-galanya bermula dengan niat.  Jika baik niatnya maka baiklah amalannya. Jika tidak maka sebaliknya.
Jika ikut tarbiah sebab terpaksa... Tak mengapa kerana keterpaksaan akan mendatangkan keikhlasan. Insya Allah

Ada orang kata "Aku tak tarbiah pun aku baik, aku solat, aku buat solat sunat, baca al quran dan bla..bla..bla.."  Tahniah untuk anda. Kerana sememangnya anda seorang yang baik. Tepuk bahu ucap TAHNIAH... Alhamdulillah sebab anda berada dikalangan orang yang baik-baik. . 

kembali becerita...
Best kot tengok diorang berkumpul dan beramah mesra. Sangat rasa ukhwah disitu. Setelah join usrah umum dan aku konsisten datang... tiap minggu. Aku baru faham tentang islam sedikit -sedikt.. Barulah faham dan mendalami islam. Oh islam itu macam ni. Oh islam itu kene ikut suruhan Allah... oh Islam tu kene jauhi kemungkaran. Macam - macam lah yang hangpa boleh dapat.


Dengan tarbiahlah aku baca maksud ayat Al Quran. Selama ini baca Al Quran tapi tidak pernah mendalami pun apa yang Allah nak sampaikan kepada kita. Alhamdulillah ini semua usrah punya pasal... eh? Yela semua usrah punya pasal. Kalau tak sebab usrah tak mungkin aku kenal semua ini. Tak kenal matsurat... Tak kenal dhuha.... hoho.. Jahil sangat... erm (tikam diri)

 Alhamdulillah aku konsisten sampai tingkatan 5. eh... Tingkatan 5 je ke... huhu. Taklah Alhamdulillah sampai sekarang. Alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi.

Alhamdulillah ... Allah masih mahukan aku dalam tarbiah ini. Tapi kadang-kadang diri ini yang tidak mahu ditarbiah. Kadang-kadang mahu lari...lari laju-laju... Makin aku cuba lari, makin Allah rapatkan aku dengan tarbiah... Lagi-lagi jika aku dirumah. FUTUR mneguasai diri.  Ya ALLAH kenapa aku begini? Sudah cukupkah amal dan ilmu aku untuk aku persembahkan kepadaMU. Sudah cukupkah aku untuk menjadi anak yang solehah untuk kedua ibu dan bapaku? Dan mampukan aku menjadi anak yang solehah untuk mendoakan mereka. Sudah cukupkan aku untuk mendapat keredhaan Mu... dan sudah konfirm ka aku akan ditempatkan disyurga. Ya Allah masih banyak lompang-lompang dan kehitaman hati. Masih banyak maksiat dihati yang sukar diklorok. Tapi Wahai diri BERTAUBATlah. Kerna pintu taubat sentiasa terbuka. Wahai diri jangan lari jauh-jauh. Carilah kesempatan didunia ini untuk dibuat bekalan untuk akhirat. Moga bekalan ini akan dipertimbangkan di almizan. Dan beroleh apa yang kau inginkan. Yakni Syurga firdausi.

 Allah terima kasih atas segala kenikmatan yang kau berikan kepada ku. Nikmat islam, iman, kesihatan dan banyak nikmat yang tidak boleh dihintung.

Sedikit sajak dari jiwa yang selembut sutera.. ewah..

Ya Allah terima kasih atas tarbiah ini,
Ya Allah terima kasih kenalkan aku dengan tarbiah,
Ya Allah terima kasih atas segala-gala nikmat yang engkau berikan,
Ya Allah terima kasih memberikan hati yang inginkan tarbiah...

Ya Allah jangan ya Allah kau biarkan aku...
Jangan Ya Allah kau biarkan aku dalam kelalaian...
Jangan Ya Allah kau biarkan aku bergelumang dengan dosa...
Jangan Ya Allah kau berikan rasa bangga atas apa yang aku perbuat...
Ya Allah, jangan Ya Allah aku lari dari gerabak ini...
Kerana gerabak ini sangat panjang... 

Alhamdulillah atas segala nikmatMU...
Alhamdulillah atas nikmat islam...
Alhamdulillah atas nikmat tarbiah...
Alhamdulillah atas nikmat iman..

Ya Allah apa yang boleh aku katakan " Aku tanpa tarbiah, mungkin aku rebah". (terjun laut)
Terima kasih kepada akak-akak yang telah memberikan aku tarbiah walaupun secara langsung atau tidak langsung. Semoga Allah merahmati kalian. Moga kita dapat berkumpul disyurga dan buat usrah sama-sama.. Insya Allah.. huhu..

Semoga aku terus istiqamah dalam gerabak ini. Dan terus semangat dalam mempetabatkan islam dalam diri, keluarga, dan negara. Insya Allah. TEGUR aku jika aku salah, Perbetulkan aku jika aku sesat...

#salam sayang dari lubuk hati yang dalam.
#selamat malam
#mintak maaf



No comments: