Pages

Tuesday, March 10, 2015

Jahil kah aku?



Bismillahirahmanirahim,
 selawat dan salam buat nabi junjungan yang tidak putus asa menyampaikan risalah Islam sehingga sampai kepada kita.
Alhamdulillah bersyukur kepada illahi kerana nikmat iman dan islam yang masih bertahta dalam diri setiap daripada kita.

Insya Allah pada hari ini saya ingin menyampaikan sesuatu. Semoga ianya bermanfaat untuk  kita smua terutamanya diri saya sendiri dan sahabat-sahabat saya. Insya allah.
Tajuk kali ini yg ingin dikongsi  ialah SAYONARA JAHILIYAH. (Selamat tinggal jahiliah).

Apa itu jahiliah?
Jahiliah berasal daripada perkataan ‘Jaahala’ yg bermaksud ‘tidak tahu’. Bukan bermaksud bodoh atau kurang cerdik. Tapi jahil dan tidak tahu tentang Allah s.w.t, para rasulnya dan syariat islam. 

Jahiliah wujud dalam 2 keadaan:
a)       Jahiliah Umum.
ianya berlaku sebelum diutuskan Rasulullah S.A.W sebagai pembawa kebenaran dan telah berakhir dengan utusnya Rasulullah s.a.w.

b)     Jahiliah Khusus
berlaku disebahagian negara, daerah dan manusia. Jahiliah ini masih wujud sampai sekarang. Bukan lagi jahil berbentuk penyembahan bahala tapi penyembahan kepada ideology dan kefahaman yang jauh dari islam seperti liberal, secular dan seangkatan dengannya.

Apa itu Jahiliah moden?
3 golongan jahiliah moden.

  •    golongan kafir yang tidak tahu tentang islam. 
  •  golongan muslim yang sedia jahil tentang agama
  •  golongan muslim yang tahu tetapi tidak mahu melaksanakan islam.


Dimanakah kita diantara ketiga-tiga golongan ini.??
tepuk dada tanya IMAN anda.!!

KENAPA UMAT ISLAM MAKIN JAUH DARI ISLAM?
hal ini kerana mereka:
a) mereka jauh dari alquran dan as sunnah
b) lebih cenderung kepada hiburan 
c) memenuhi hawa nafsu.

  
Ciri-ciri jahiliah

  1. Tidak mengikut petunjuk Allah s.w.t.

 Tidak berhukum dengan hukum Allah s.w.t yang telah ditetapkan di dalam al-Quran . Manusia lebih percaya dan yakin dengan hukum yang direka cipta oleh manusia sendiri yang mempunyai kemampuan akal ( kognetif ) yang terhad dan terbatas.

2. Hidup mengikut hawa nafsu.
Sepatutnya nafsu manusia itu dikawal oleh syariat Allah s.w.t dengan bantuan akal fikiran tetapi nafsu mereka telah berkuasa di atas segalanya yang menyebabkan segala tindak tanduk mereka berlandaskan hawa nafsu semata-mata.
3  3. Adanya golongan pemusnah Islam.
Kadang-kadang golongan inilah yang mendakwa mereka memperjuangkan Islam tetapi segala tindak-tanduk, akhlak dan asas perjuangan jelas bertentangan dengan prinsip Islam yang sebenarnya yang kita berjuang semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Segala perjuangan yang bertujuan selain daripada untuk memartabatkan agama Allah s.w.t adalah perjuangan yang batil. Conthnya Islamic State yang sekarang belaku disyiria.

    4)    Gejala keruntuhan akhlak berleluasa.
 Kadar jenayah dan maksiat pada zaman moden ini lebih kronik dan hebat daripada zaman jahiliah dahulu. Apabaila manusia mula sudah tidak malu dan tidak menyedari kuasa Allah s.w.t maka Allah akan mula menunjukkan kuasa-Nya dengan mendatangkan berbagai-bagai bala' seperti tanah runtuh, tsunami, banjir, taufan dan sebagainya supaya manusia itu sedar bahawa kita ada yang punya dan berkuasa di atas segalanya.

Bagaimana cara kita untuk tinggalkan jahiliyah?
1)      ilmu
2)      faham
3)      amal

ILMU
ilmu itu haruslah difahami bukan kita terima maklumat semata-mata. Ilmu itu harus menyentuh jiwa yang akan membentuk imanya. Bilamana iman itu terbentuk ia akan membawa kepada perubahan.
Contoh ada je orang yang belajar agama tapi perangai masih sama macam orang tak belajar agama. Jadi ilmu itu perlulah sampai kepada hati. Bilamana ia sampai kepada hati total kita boleh meninggalkan jahiliah.
Ada orang hanya memilih atas pagar. Hanya mengikuti islam bila mahu dan bila tak nak ikut maka ditinggalkannya. Contohlah kita mahu menjadi solehah tapi kita masih lakukan jahiliah seperti couple, bermain game dll. tapi kita tidak cuba meningkatkan kefahaman kita tentang islam.
Allah berfirman dalam surah Al Bakarah :208
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu kedalam agama islam sepenuhnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan uitu musuh yang nyata bagi kamu”
Jadi daripada firman Allah , Allah menyuruh kita masuklah kedalam islam sepenuhnya. Jangan ikut langkah syaitan. Jadi kita perlulah meninggalkan jahiliyah secara total.Bukan hanya sedikit.

JIKA KITA ADA ILMU, KITA FAHAM SERTA AMALKAN insya Allah jahiliah tak kan dekat dengan kita.
Perubahan itu mestilah ada tahap.
Mustahil untuk kita meninggalkan semuanya sekaligus kan. tinggalkan sedikit demi sedekit insya Allah ia kan habis kita tinggalkan.
Kalau zaman sahabat mereka berubah 100% , sebab apa? Sebab mereka faham ayat quran yang diturunkan kepada mereka. Seperti saidina umar sebelum dia islam sememangnya dia menentang sekeras-kerasnya islam. Tapi bila hidayah Allah telah sampai kepadanya 100% segala-galanya berubah. Malahkan saidina umar sgt mempertahankan islam.

Tahapan meninggalkan jahiliah:
1)      Mesti memiliki akidah yang sejahtera
Akidah sangat berkait rapat dengan iman. Jika rukun iman tidak dipercayai agak susah untuk seseorang itu meninggalkan jahiliyah. Jadi perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah membersihkan akidah kita. Dalami ilmu islam sebenar-benarnya. Tidak mencedok agama dengan melihat tapi mendalami atau memahami ilmu itu.
Bilamana kita sudah memiliki akidah yang sejahtera kita dapat membebaskan nafsu kita.  Akidah yang sejahtera dapat dicapai dengan pengetahuan serta berpegang kepada tauhid yang disampaikan oleh Rasullullah.

2)      Melaksanakan ibadah yg sahih
Beribadah kerana Allah. Bukan manusia.
Bermaksud beramal kerana Allah semata-mata. Tidak menyekutukannya ketika beramal. Dalam surah Al Kahfi 18:110

“Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhanya, hendaklah ia mengerjakan amal soleh, dan janganlah ia mempersekutukan sesiapa pun dalam ibadatnya kepada tuhannya”

3)      Akhlak yang murni
Bila kita mempunyai akidah dan ibadah yang benar , kita kan melahirkan akhlak yang islamiah. Akhlak ini yang mencerminkan orang islam dengan orang yg jahiliah.
Sesungguhnya akhlak yang paling terbaik adalah Rasullullah s.a.w.Sesungguhnya Rasulullah itu merupakan suri teladan yang patut kita contohi. Kecintaan kepada allah dan rasullulah sahaja akan memudahkan seorang mukmim itu meninggalkan kahlak jahiliah.Melakukan amalan yang disuruh seperti senyum, mengormati orang lebih tua, memberi salam dan sebgainya. Akhlak yang baik akan disukai masyarakat.
                                                            
4)      Manhaj (pedoman) hidup yang lurus.
Setiap daripada kita hanya ada dua pilihan sahaja. Sama ada ianya baik atau sebaliknya, Tiada jalan tengah. Hanya kanan atau kiri.

Dalam surah Al An’am 6:153
“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan Ku (agama islam) yg betul dan lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan yang (lain dari islam), kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan allah. dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu bertaqwa”

Pilihlah jalan-jalan islam. Jalan – jalan yang membawa kita kepada keredhaa Allah. Contoh, mengadiri majlis ilmu, mengaji dan lain –lain yang mendatangkan pahala.
Bukan jalan-jalan yang Allah murkai seperti konset, kpop dll


5)      Wala’ yang benar
wala’ bermakna mendapatkan pelindungan dan pertolongan. Allah telah menentukan garis sepandan wala’ seseorang mukmin kepada 3 pihak sahaja:
iaitu dalam surah Al-Maidah 5:55)

“Sesungguhnya wali (penolong) kamu hanyalah Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka, rukuk (tunduk menjunjung perintah allah)”

a)      Wala’ kepada Allah ialah tidak menyekutukannya. Dia lebih mencintai Allah dari segala-galanya.Melakukan suruhannya dan meninggalkan larangannya. Mengimani bahawa manhajnya asalah satu2nya manhaj yang benar dan tidak mungkin ditukar ganti.Meletakkan sesuatu matlamat kerana Allah

b)      Wala’ kepada Rasulullah

Beriman kepadanya dan melaksankan sesuatu yang dtg daripanya seperti sunnahnya.

c)      Wala’ kepada mukminin
Mencintai mukmin kerana Allah selagi mana mereka taat akan perintah Allah. Kita boleh berpegang padanya jika mereka menyeru kepada makruf dan mencega mungkar. Lagi satu, bekerjasama dalam perkara kebaikan.

Sungguh Allah melarang kita daripada pegang atau mendapat pelindung  dari orang kafir.

Dalam firman Allah s.w.t
An-Nisa’: 144
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang – orang yang beriman, Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?”

Setelah kita meninggalkan jahiliah:
1)      Jangan mudah berputus asa.
dengan mendekatkan diri kita pada Allah dan rasulNya insya Allah kita akan meninggalkan jahiliah sedikit demi sedikit. Jangan sekali-kali berputus asa. Sangat rugilah orang yang berputus asa. Cari kawan yang membantu kita kearah kebaikan bukan kejahatan. Kita mahukan redha Allah bukanya redha Manusia.
Jadi fikir-fikir kembali. Kerana bukan mudah Allah nak bagi syurga yang penuh dengan kenikmatan pada orang yang tidak melaksanakan perintahnya dan melakukan laranganya. Sesungguhnya jalan kesyurga itu penuh duri dan ranjau. Jadi bersabarlah dalam menempuhnya. Matlamat kita adalah redha Allah. Semoga usaha yang sedikit ini kita dapat menghapuskan dosa-dosa kecik kita. insya Allah.


Akhir kata, semoga kehadiran kita disini dapat menghakis sifat-sifat jahiliah kita.
Segala yang kurang dan salah mohon maaf. Doa-doakan supaya kita semua terus istiqamah dalam kebaikan dan meninggalkan jahiliah.


 Rujukan: copypastesikit dari buku sayonara jahiliyah by ukhti muharikah

No comments: