aSsalamualaikum warahmatullah.
hi uolss apa khabar? Semoga sihat sahaja khabar kamu ya!!
haha... tajuk diatas adalah untuk buat kontrovesi sahaja.
*_*
Tidak ada apa yang mahu dicerita disini. Hanya ingin berkongsi kesyuran kehadrat ILLAHI kerana masih beri nyawa dan oksigen. ALLHAMDULILLAH.
Kita sebagai muslim haruslah bersyukur atas segala nikmat yang diberi. Jangan banyak merungut. Nanti Allah tak bagi nikmat langsung baru tahu. Bersyukurlah walaupun sedikit.
Macam mana nak bersyukur. Bila kau dapat nikmat jangan pandang orang yang lebih nikmatnya. Contoh, orang ada kereta besar, rumah besar, isteri besar.. OPpps... (senyum kenyit mata) tapi kau hanya ada kereta kancil, rumah sewa. Jangan pandang yang lebih tinggi pangkatnya dari kamu. Tapi pandanglah orang yang bawah dari kamu . Hal ini supaya kau dan aku bersyukur. Bersyukur disaat kau diuji dan disaat kau gembira. Dan bila bab ibadah jangan pandang orang yang bawah-bawah ini. Untuk mengupdate status iman ada pandanglah orang yang lebih kuat beribadah. Bukan nak dengki tapi supaya kita berlumba-lumba kearah kebaikan. Allah pun suka orang yang mengerjakan kebaikan.
ok. masuk cerita lain. Hanya 2 nikmat yang selalu manusia lalai. Termasuklah aku iaitu nikmat waktu lapang dan nikmat kesihatan.
Ermm, berbicara tentang nikmat waktu lapang. Kadang-kadang ada orang kata " aku tak ada masa lah..". Kata Kak beda. Padahal masa nya ada. Bila waktu lapang ada sibuk buat benda yang tak berfaedah, tonton korea movielah, runningman la, drama melayu la... ayoyo... memang aku cakap untuk diri aku juga. (Jatuh kerusi) Kadang-kadang bila nafsu dan kemalasan mengusai diri banyak benda yang berfaedah boleh buat tapi masih melakukan benda yang tidak bermanfaat. Jadi kau kata ko tak ada masa??? Memang nak kene penumbuk lesung batu nampaknya.. haha. Lagi satu senario bila esoknya nak hanta assignment. ADOI malam tu barulah kelam kabut nak buat. Jadi semua buat ala kadar je. Bila dapat result teruk... menyesal x sudah. HAHA (Gelak keji)
HUH? panjang juga aku membebel kat sini. Haha yela dah lama tak menaip dan menceritakan apa yang terbuku dihati. tapi panjang ka?? (curious)
ok, cerita bab kesihatan ini. Sekarang cuaca agak memanaskan bumi. Jadi banyakkan minum air ye kekawan. Ada kata boleh jadi strok haba. Allahualam. Bila ALLAH memberikan nikmat sihat perlulah bersyukur. Masa sihat inilah kita dapat membuat banyak aktiviti, meningkatkan amal ibadah dan macam-macam lagilah. Jaga kesihatan, jangan asyik tidur je sepanjang hari nanti badan jadi lesu dan tidak bersemangat. Lakukan aktiviti senaman seminggu sekali kalau boleh, kalau nak lagi sihat seminggu 3 kali bagi badan peluh sikit. Bila mana saat diuji dengan kesakitan. JANGAN merungut. Bersabar dan bersyukurlah kerana nikmat kesakitan itu merehatkan. Mungkin sebelum ini kita terlalu busy dengan kerja-kerja harian yang tidak pernah henti. Sekali lagi bersyukur saat diuji.
Buat sahabat saya, semoga cepat sihat ya. Fi amanillah ya ukhti.
Disini sahajalah kisah penceritaan untuk semesta ini. Jika ada masa terluang dan idea yang bernas yang ingin dikongsi Insya ALLAH saya akan cuba menaip lagi. Kalau kerajinan datang.
p/s : semoga apa yang dikongsi adalah untuk saya dan pembaca. Jika tidak mahu terima tidak mengapa. Sama-sama ambil yang baik dan tinggalkan yang tidak baik.
#semesta6 #tahunke3 #mogaterusmaju...
Assalamualaikum... selamat malam...
No comments:
Post a Comment