BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATU...
selawat dan salam untuk nabi junjungan kita Nabi MUHAMAD S.A.W, para sahabat dan para tabii dan tabiin , para ikhwah dan akhwat yang terus berjuang menegakkan kalimah LAILLAHILLALLAH...
semoga kita semua dalam keredhaan Allah subahanawataalah.
Alhamdulillah dikesempatan ini semperna cuti raya haji. Dapat saya meluangkan masa menghadap Laptop, untuk berkongsi sedikit pengongsian. Sedikt dari marhen :)
OK. fomal sangat lak pulak. haha...
saya nak kongsi tentang ...
jeng...jeng..jeng...
MUJAHADAH!
erm... apa tu mujahadah ye??
Mujahadah erti kata lain jalan menuju Allah. Ia berasal daripada kata JIHAD yang membawa maksud berjuang bersungguh-sungguh dengan penuh kegigihan.
BERJUANG BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH KEGIGIHAN.
Kalau tak bersungguh-sungguh itu bukan bermujahadah tapi bermaharajalela. eh?
Mujahadah serius memang susah... nak buat kalau kita tak ada matlamat .
Ye matlamat itu mesti ada ye anak-anak...
Matlamat tu sebagai goal kita untuk berjaya! Cengitu la...
Mujahadah juga merupakan satu proses daripada tak baik kepada lebih baik. HAah!
Kenapa kita perlu bermujahadah?
Firstly of course nak gapai redha Allah.
Oleh kerana kita hamba Allah yang Maha Esa... kalau tak dapat redha Allah alangkah ruginya diri kita. Seolah-olah kita hidup diatas bumi ini sia-sia. SIA-SIA? huh tidak.....!
ok.
Bila mana kita dapat redha Allah sudah tentu insya Allah kita akan dapat menikmati syurga yang penuh kenikmatan .. HUHU. tapi Syurga kita tak dapat kita bayangkan sbb super duper OSEM begitu hebat kot... tak boleh nak cite sangat sbb benda ngaib.. tapi dalam Al Quran ada cherita serba sikit tentangnya.
Jadi ini homework untuk anda .... sila baca Al Quran dan carilah nikmat yang bakal kita dapat disyurga. Oh YEAH!!! Please do your own homework .. ihiks :)
Second to be better Muslims!
Mujahadah itu perlu setiap diantara kita. Sebabnya kita ini memang kene bermujahadah hakak-hakak sekalian sbb dalam diri kita ini ada SYAITON! erkkk syaiton n NAPSU!
Seriously SYAITON n NAPSU akan membuat kita lemah dan tak bersemangat untuk beribadah kepada Allah.
YE betul...
saya pernah rasakan. Bila mana NAPSU menguasai diri... arghhh SUBUH panda la jawabnya.
he.... Astagffirullah... Alhamdulilah itu dulu. sekarang better kot. (senyum)
Alhamdulillah...
pengalaman dulu ambik sebagai pendoman hidup. OK.
Cakap pasai NAPSU ini kita memang tak boleh nak ELAK! Sebabnya NAPSU sangat dokat dongan kita ha. Ye tak nya dalam diri kita sendiri. Kalau kita tak control dia... MEMANG lah dia akan control kita...
No...no...no...
LAWAN tetap LAWAN...
LAWAN lah NAPSU anda tu sebelum dia mengajak anda ke neraka. he
Analogi cengini.
"Bayangkan NAPSU sebagai DRIVER bus, akal sebagai kondakter, dan hati sebagai penumpang!"
Anda... rasa-rasalah selamat ke ? Kalau PAKCIK NAPSU bawak? mungkin terbabas?
Bila terbabas penumpang pun turut terbabas.
Nauzubillah. bila kita refleksi diri kita kalau lah NAPSU menjadi ketua kita... Entah kemana hala tuju kita.
Maka jangan IKUT KATA NAFSU...!
IKUT KATA NAFSU ANDA AKAN BINASA... (PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT)
JADI APA YANG PERLU KITA BUAT?
Biarkan HATI jadi Driver , Akal jadi conductor dan NAPSU sebagai penumpang.
Insya Allah BILA mana hati yang selalu ingat Allah tidak akan menyesatkan penumpangnya.
Dan of course penumpang akan selamat sampai ke destinasi. Oh YEAHHHH!!!
Macammana nak didik NAPSU?
1. Mesti ada ILMU!
Ilmu penting untuk kita. Bukankah Ilmu tu cahaya kepada kita. Carilah Ilmu dengan apa jua cara sekali pun. Contoh gi majlis agama, hadith thulsak , baca buku agama ke, gi USRAH ke, dll yang sewaktu dengannya.
2. Matlamat mesti ado
Yang ADO... kalau tak ada matlamat macammana kita nak planning untuk berjaya. Jadi matlamat itu satu keperluan. Contoh, Aku nak jadi Hamba Allah yang bertaqwa. So Taqwa tu matlamat kita. Jadi apa planning kita untuk mendapat TAQWA tu..??
3. Selalu ingat mati.
Kenapa dengan ingat mati? Bolehke didik napsu. insya ALLAH boleh. Coba hang bayangkan.
waktu subuh dah dekat.. hang tengok jam.. eh baru kul 6.. ok take 5 minit... ermm... take 5.... take 5.. sampai Syuruk!!! Adoyai... macammano nak dpt taqwa... Dengan napsu pon kalah.
Cuba hang bayangkan KALAU-KALAU ALLAH ambik nyawa time tu...
ACAMANooooooo? tak menyesal ke sudah nanti...
Astagfirullah Al Azim...
Semoga kita selalu ingat mati. Orang yang cedik kan selalu ingat mati. Jom jadi cerdik dengan ingat mati.
4. Apa tujuan hidup kita?
Allah ciptakan kita kat dunia ini bukan hanya sia-sia. Kita dibahagi tugasan iaitu sebagai KHALIFAH dan BERIBADAH kepadaNya. Tujuan hidup kita adalah untuk meraih cinta Allah.
Ya Allah jadikan hatiku mencintaiMU dan RasulMU...
bila kita ada tujuan hidup baru kita sedar banyak tugasan yang perlu kita laksanakan diatas bumi ini. Sebagai hamba Allah, sebagai anak, sebagai pelajar dan sebagai daie?
Sebarkan dakwah ke seantero dunia... Biar islam berkembang. Biaq mereka kenal islam. Bukan islam di IC but islam dihati. Bila lihat masyarakat disekeliling... sedih. sangat sedih bila diri ini. terus mendiam dan diam. HOIII... kata nak islam tersebar asal DIAM .phhhfttt. Jadi BERMUJAHADAH lah!!! berdoa supaya mereka dilembutkan hatinya dan ajaklah mereka kearah kebaikan..
Ajaq la depa jangan tak ajaq... Jangan sampai kat akhirat dia blame kita ..
"YaALLAH , si minah tu tak penah nasihat aku suruh tutup aurat ".... krik..krikk
.. wallahualam.
5. Cari kawan yang baik
Serius wei kalau korang kawan dengan kawan yang baik.. Maksiat pon korang segan nak buat.(erkk)
Kawan-kawan lah selalu mengajak kita kembali pada Allah. Ingatkan kita bila kita lalai. Saya sayang sahabat seurah, sahabat sekuliah, sahabat sebilik dan sahabat se "whatsaap " yang selalu mengingatkan sudah Al Mulk ke belum... tutorial pakai tudung ikut syariat.. EH? tak ada kene mengena... hehe.
Sahabat yang baik seperti PENJUAL MINYAK wangi , bila mana kita berkawan dengan nya kita akan dapat wanginya... (Tarik nafas bau minyak attar) erkk..
Alhamdulillah usrah mengajar saya apa erti islam. Sedik sebanyak ilmu saya bertambah. dan Napsu saya dapat didik sedik demi sedikit... Alhamdulillah. Bila kita dikelilingi dengan orang yang baik-baik kita mudah terikut dengan mereka. Tu la orang tua-tua cakap.. PILIH KAWAN yang baik...
5. Lakukan dengan ikhlas kerana Allah
Bila solat kita lakukan kerana Allah, lama-lama kita dapat mendidik nafsu kita supaya wake up early morning... lakukan solat sunat tahajud dll... Bila mana kita buat sesuatu kerana Allah , insya Allah segalanya dapat dilakukan dengan mudah.
kesimpulan.
Lakukan sesuatu kerana Allah bukan kerana manusia. Kerana Allah. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin. Ayuh lawan nafsu mu itu... Cayok..cayokkk... JOM MUJAHADAH.
semoga Allah redha.
Maaf penulisan / penaipan atau kata-kata yang tidak paham harap dimaafkan.
Sedang melatih diri untuk berkongsi sesuatu untuk diri dan ummah.
Masih bangun dan jatuh dalam mencari redha ALLAH.
Jadi mohon doa semua ... supaya Allah tidak membolak-balikkan hati ini...
Semoga hati ini dalam menuju redha Allah...
:) Segala yang kurang datangnya daripada saya sendiri....
Saya bukan terbaik untuk berkongsi, Tapi mahu jadi terbaikk...
hahaha (ketawa keji)
No comments:
Post a Comment