Assalamualaikum.
Rentetan cerita dari macam mana tertiba rasa tak sihat.
Aku start demam pada 16 Ogos 2021. Masa ni tak pergi kerja sebab work from home. Tapi memang rasa nak datang office sebab ada kerja yang belum selesai.
Macam biasalah aku kalau dah lambat siap memang malas nak gerak. Jadi tak datang office la. Alhamdulillah.
Pukul 11 tu dah rasa demam. Sejuk semacam badan. Tidur pun rasa mengeletar. Tapi buat tak tahu. Makan je panadol.
Demam berlarutan juga. Petang tu aku mintak ayah petik kelapa untuk minum airnya. 3 CAWAN ye aku minum. Manissss. Sedappp.
Tapi tak kebah juga. Aku dah risau. Kak yaya watsap suruh beli swab test kit tu. Waktu tu nak magrib ye. Aku nak suruh adik aku Tapi lambat pulak dia balik kerja. Takut kedai tutup, aku terpaksa suruh ayah juga belikan swab test kit kat farmasi bedekatan.
Seusai magrib solat la dulu. Pastu fikir nak buat swab sekarang ke lepas Isyak. Fikir punya fikir buat juga magrib tu.
Tuntuntung. Bahagian Covid-19 ada 2 garisan. Tapi yang lagi 1 garisan samar2.
Lepas itu, bagi tahu ahli keluarga, kawan-kawan semua kene covid . Esoknya tu demam dah ok cuma badan masih keadaan panas lagi.
17.8.2021 Pergi ke Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan rumah. Aku , mak dan ayah swab sekali.
Petang itu, dapat whatsaap daripada KK result positive.
Mak ayah n aku positive.
Sekarang ni masih dalam keadaan terawal.
Doakan kami sihat semula ye. #ajaaafighting #covidisreal
No comments:
Post a Comment