Pages

Friday, December 25, 2015

Sajak buat diri dan kalian!

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatu.

Madah ini kutujukan buat mereka yang bersama-sama berjalan dengan ku..
Luahan hati bukan seratus persen dari hati.



Duhai ukhti ku ,
Terima kasih atas memori yang diberi,
ku sangat menghargai,
Semoga ALLAH merahmati kalian.

Sungguh jalan ini sumpah panjang,
Sampai satu saat aku lelah,
Dan malas dengan semua ini.
Sampai satu saat aku ingin pergi jauh dari jalan ini.

Tapi hati ini masih mahukan jalan ini,
kerana aku tahu jika aku tinggalkan jalan ini,
aku pasti hanyut,
Ya.. hanyut! Hanyut dengan dunia!!

Tapi disaat aku ingin jatuh,
Ada tangan-tangan yang menarik diri ini,
Dengan memberi taujihat hati,
Yang menyentap rasa!

Lalu aku bangkit,
Dan meninggalkan nafsu diri,
Teruskan mencari,
Mencari cinta sang RABBI

Ku memohon pada ILLAHI,
Jika jalan ini yang terbaik buat diri,
Maka thabat lah hati ini,
Thabatkahlah hati ini pada jalan islam ini.

Kerana ku tahu,
Umat ini semakin tenat,
Tenat dengan dunia,
Dunia yang fana ini.

Duhai ukhti ku teruskan bersama aku,
kerana aku tidak betah berada diatas jalan ini,
Jika aku kesorangan.
Kerana mungkin tarbiah dzatiyah aku kurang.

Dan aku selalu mahu sokongan kalian
Dan dorongan dari orang sekeliling.
Walaupun aku tahu,
Dorongan yang datangnya dari dalam diri,
Adalah yang terbaik buat diri.

Aku akan menjinak kan diri,
Melakukan perkara wajib dengan sempurna,
Dan melakukan amalan sunat dengan istiqamah.
Ya ALLAH berikanlah aku istiqamah dalam diri.

Moga hidayah yang berikan,
Tidak hanya angan-angan diawanan,
Tapi biarkanlah hidayah itu sampai saat aku mati,
Jangan Ya Allah kau menyesatkan aku setelah kau beri hidayahMU.

Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat hidayahMU.
Kusangat menghargai.

p/s: bila hati tidak futur, banyak idea ingin diluahkan.
       moga hati ini tidak cepat futur.
     






No comments: