Pages

Tuesday, July 5, 2011

I need tarbiah!

Assalamualaikum...
Syukur sangat . Alhamdulilah... segala puji bagi ALLAH.

Telah mendengar rintihan hambanya.
Sudah lama diriku tak ditarbiah sejak akhir bulan 4
rasanya. Ada sahaja halangan untuk pergi usra.
Aku merasai kekosongan jiwa, seperti iman ini turun sangat.
Lalai dengan hiburan yang tak memberi manfaat langsung.
. Nauzubillah.

ALhamdulilah , hari sabtu Kak zila aka murabiah ana telah menghantar 'SMS' kepada ana. Dia menjemput ana datang usrah. Usrah kali ini memberi kelainan sikit, kerana berjoging sambil mentadabur alam.Sebelum ini, hanya dimusollah.
Subahanallah. ALLAH maha Mendengar, rintihan hambanya. Ana memang nak sangat ditarbiah. Kalau ditarbiah rasa diri jaga perilaku.
Ahadnya,
murabiah ana jemput ana untuk pergi Bukit Jugra. Pertama kali ana datang sana. Subahanallah...
Cantik sungguh pemandangan di atas Bukit Jugra.
Selain itu, dapat berukhwah dengan akhwat-akhwat Kolej Matrikulasi Selangor. Rindunya berkumpul dengan orang-orang yang soleh.
Hati ini terisi dengan input yang bermanfaat dan mengeratkan hubungan yang terjalin. Syukur ALHAMDULILAH....

No comments: