Pages

Sunday, July 24, 2011

~REHLA~

Assalamualaikum....

Rehla, apa tu?? Ia seperti aktiviti dan tazkirah.

Sebenarnya nak cerita, saya ajak kawan saya untuk ikut menyertai saya dalam rehla ini.
Tapi semua ada hal, katanya segan la... Ermmm... tak pe lah kalau diorang tak nak ikut.
Saya harap suatu hari nanti kalau ada apa-apa aktiviti , mereka sudi menyertainya.
Lagipun, bukan membazirkan masa daripada duduk kat rumah tak buat apa-apa. Program itu dapat manfaat juga walaupun sedikit. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti EXPLORACE dan TAZKIRAH.

Disebabkan cuaca padi tadi tak menentu , dimulakan dengan acara taaruf.
Saya je yang tingkatan 6 yang lain bawah saya... Terasa diri ini muda apabila berada dikalangan orang yang muda-muda... hehe. Uh! Best juga dapat berkenalan dengan adik-adik . Dapat menambahkan ukhwah . Alhamdulillah ukhwah fillah abadan abada.

Ana, kumpulan 1 , satu kumpulan dengan Asmaul Husna. form 3 sama baya dengan adik ana. Tapi Asma nampak matang. Pada mulanya saya ingat dia form 5. Tapi salah... hehe Alhamdulilah... walaupun tak pandai sangat dalam bab agama tapi masih boleh jawab soalan-soalan yang diberi oleh akhwat-akhwat. hehe, Tambah juga input... tentang isteri-isteri nabi, bulan-bulan islam, maksud ALfatihah, tentang keberanian... hafal hadis.

Tazkirah, pula tentang bulan ramadan... Apa persiapan kita untuk bulan ramdan. Tak kan raya je kot nak cantik-cantikan rumah. Kita patut rasa gembira untuk menyambut bulan ramadan. Bulan yang dijanjikan Allah didalamnya malam lailatulqadar. Subahanallah. Pada bulan inilah kita nak mentarbiah diri jagan hawa nafsu, mata, perut , telinga, mulut, kaki,dan sbg.


Sampai disini sahajalah post saya.
Jumpa lagi.


"MARHABAN YA RAMADAN"

No comments: