Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hai, kawan yang sudi membaca blog gua. 3 hari lepas... masa cuti weekend. Aku and Wani ikut Wana balik umah dia. Fuh, pejalanan sangat jauh. Sebenarnya sangat mencabar. Aku pada hari Khamis kelas habis pukul 3.00 p.m. Masuk kelas marketing... tungu punya tunggu lecture x datang pula.. So, cepat-cepat aku balik DPP angkat bersuan dan makan .
After that aku bertiga tunggu la bas MARA Liner hampir 1 jam ... kat depan busstop DPP. Lama punya tunggu sampai hujan membasahi bumi sintok dengan lebatnya. Pada mulanya aku dah taka da hati nak ikut Wana... balik. Tapi kalau tinggal kat DPP sorang2 nnt aku kesunyian. Sebab Amani and Aqilah pergi Comunity Care kat Sik.... Terpaksalah aku ikut. haha..... sebenarnya memang nak ikut pun. ^_^
dari pukul 3 sampai lah pukul 5 petang ... baru bus sampai. Itu pun bus Badar Darul Aman... terkedek-kedek bus tu. tapi bersyukur bas ada.. ALHAMDULILLAH.
Stesen Bus" Shahab" x pasti namanya... tpi camtu kot sebutanya. sampai stesen bus tu pukul 7. solat magrib kat sana... herm.... sangat kotor tempat solatnya.. x terjaga. Tolong ambil perhatian " tempat solat wajib bersih"
Lepas solat tunggu bus untuk ke Butterwoth 8.45 p.m baru gerak... Ya ALLAH hanya ALLAH je tahu.... betapa mengamtuknya dan penat. fuh.... sebelum sampai kat Butterworth bus behenti kat Sungai Petani... Maju sangat SP..... macam-macam ada.. dan lagi satu baru aku tahu UITM kat Kedah ini ada kat SP. haha... selama ini aku cuma tahu je UITM ada kat kedah tapi tak tahu tempat yang spesifik.
Sampai Butterworth pak su Wana ambik . Kami sampai rumah Wana kul 12 a.m... semua orang dah tidur.
keesokan harinya, APA LAGI? jalan2 cuci mata dan hirup udara ciptaan ILLAHI... kawasan kampung beb ...sangat menyegarkan... tak de toksik dan gas beracun yang terawang-awang diudara.
Sampai nak pi mandi sungai.. Tapi sungai cetek dan air tercemar sikit dek sebab tanah runtuh. Nak mandi x boleh sebab dah semak kawasannya... hanya i look, i look , i see.. hehe
pastu jalan-jalan lagi jumpa buah durian and rambutan
nampak tak durian itu.. sepanjang alan jumpa buah durian atas pokok. kempunan durian
Pokok Rambutan hampir sepanjang jalan ada buah.. APA lagi.. petik n makan. huhu
Sampai dirumah Wana seguni durian mak dia beli utk aku. Sampai tak mahu2 aku makan.. terima kasih makcik. love u makcik.
Percutian berakhir esoknya kami balik UUM. Pagi-pagi lagi mak Wana g Hospital untuk dialesis penyakit buah pinggangnya.. "Ya ALLAH kau sembuhkanlah penyakit mak Wana" AMIN..
Pagi-pagi lagi wana buat cucur durian... seperti cekodok pisang juga. tapi kasi letak durian. sedap juga
Durian oh durian....
inilah cucur durian hand made by WANA..
Sangat sedap... sampai beg aku tak hilang2 bau duriannya...
itulah kisahnya..... :)
No comments:
Post a Comment